SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA



1. Bolehkah saya menggunakan sebarang nama yang saya suka untuk syarikat saya ?
2. Berapa lamakah masa diambil untuk membuat carian nama ?
  • Ia hanya mengambil masa satu hari untuk mengetahui keputusannya.
3. Berapa lama masa diambil untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad ?
  • Ia hanya mengambil masa 3 hari untuk didaftarkan selepas mendapat kelulusan nama syarikat.
4. Bolehkah saya menukar setiausaha syarikat pada bila-bila masa yang saya inginkan ?
  • Ya, ia merupakan di bawah kuasa lembaga pengarah untuk menukar setiausaha syarikat.
5. Bagaimana cara untuk menukar setiausaha syarikat lama ?
  • Pertama, mencari setiausaha syarikat yang layak untuk syarikat anda.
  • Kedua, minta setiausaha syarikat lama menyediakan dokumen yang diperlukan.
6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menukar setiausaha syarikat ?
  • Borang 49 dan Borang 44 (terbaru)
7. Berapa lama masa diperlukan untuk menukar setiausaha syarikat ?
  • Hanya satu hari diperlukan untuk menyelesaikannya.
8. Apa itu modal dibenarkan ?
  • Ialah modal maksimun bagi modal berbayar. Contohnya, sekiranya modal dibenarkan ialah RM500,000.00 ini bermaksud syarikat boleh menaikkan modal berbayar sehingga RM500,000.00. Walaubagaimanapun, syarikat boleh menaikkan modal dibenarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada bila-bila masa. Terdapat bayaran yang dikenakan SSM untuk tujuan ini.
9. Apa itu pejabat berdaftar ?
  • Pejabat berdaftar pada asasnya adalah pejabat setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat mesti menghadirkan diri atau wakilnya pada sesuatu masa dan ianya boleh dimasuki orang awam (Seksyen 139[3], Akta Syarikat, 1965).
  • Di bawah Seksyen 139(1B) pejabat berdaftar tidak boleh kosong (tanpa orang) lebih dari satu bulan dalam satu-satu masa.
10. Mengapa dikenakan yuran setiausaha syarikat ?
  • Menurut Akta Syarikat, setiap syarikat perlu memiliki sekurang-kurang seorang setiausaha syarikat. Jadi, yuran RM60.00 adalah untuk perlantikan sebagai setiausaha syarikat berlesen.
  • Yuran kepada penggunaan pejabat berdaftar.
  • Mengemaskini semua rekod berkanun syarikat dari masa ke semasa.
  • Juga sebagai bayaran nasihat korporat kepada pelanggan pada bila-bila masa.
11. Siapa yang layak menjadi setiausaha syarkat ?
  • Akauntan Bertauliah (MIA)
  • Setiausaha Syarikat Bertauliah (MAICSA)
  • Setiausaha Syarikat Berlesen (SSM)
  • Peguam (Malaysian Bar)